Kapal perang
Isi kandungan |
Evolusi kapal perang
Kapal perang mempunyai sejarah yang panjang. Bermula apabila manusia mampu menerokai lautan untuk tujuan kegiatan perikanan, diikuti dengan aktiviti perdagangan dan akhirnya membawa kepada perluasan kuasa di seberang laut, memerlukan penubuhan angkatan laut dan kapal-kapal perangnya. Ini semua bagi melindungi rakyat dan ekonomi negara tersebut.Era ghali
Ketika zaman ketamadunan Yunani, Empayar Parsi dan Empayar Rom, jenis kapal perang yang wujud ialah ghali (English: galley). Ia berbentuk tirus dan digerakkan menggunakan dayung. Terdapat tiga jenis ghali yang digunakan di era Yunani dan Rom, iaitu bireme, trireme dan quinquereme. bireme mempunyai dua tingkat pendayung, trireme, tiga tingkat dan quinquereme mempunyai empat. Ghali-ghali jenis ini biasanya hanya mempunyai satu tiang layar empat segi untuk pelayaran menggunakan kuasa angin. Di kala pertempuran tiang layar boleh ditanggalkan dan disimpan. Taktik yang biasa digunakan ialah merempuh kapal-kapal lawan untuk meneggelamkannya. Laskar-laskar yang berada diatas kapal juga boleh menyerbu kapal musuh yang dirapati. Taktik ini digunakan sehinggalah perkembangan penciptaan manjanik pada kurun keempat sebelum masihi membolehkan pertempuran dilakukan dari jarak jauh. Sekitar 900 Masihi Empayar Rom Timur atau Bizantin telah menggunakan sejenis ghali yang dikenali sebagai dromon. Dromon masih bergantung pada kuasa pendayung tetapi juga dilengkapi tiga layar tiga segi. Ia juga dilengkapi Greek Fire atau "Api Yunani", senjata pelontar api yang menggerunkan. Ghali masih digunakan sehingga Zaman Pertengahan, dan nama ghali diguna untuk kapal-kapal yang masih menggunakan kuasa dayung. Ketika era ini manjanik telah diganti dengan berbagai jenis meriam dan mortarEra layar
Pada kurun ke 14 senjata kapal perang mula mengalami peningkatan dengan penciptaan meriam. Disebabkan keperluan memuatkan meriam di sisi kapal dan saiz kapal yang semakin besar, beransur-ansur, tenaga pendayung tidak digunakan dengan berkesan lagi. Kapal-kapal pada zaman ini bergantung kepada kuasa angin dari layar untuk menggerakkannya. Bermula dengan geliung (English:galleon) pada kurun ke 16 dan berubah ke rekaan ship of the line yang lebih stabil untuk penjelajahan lautan dan aturan meriam. Nama ship of the line ataupun lengkapnya ship of the line of battle diguna kerana zaman ini menyaksikan kapal-kapal bertempur dalam barisan panjang dari haluan ke buritan iaitu line of battle supaya sebanyak mungkin meriam di sisi dapat digunakan. Nama ini akhirnya diringkaskan menjadi battleship iaitu yang kita kenali sebagai kapal tempur kini. Taktik merapati dan menyerbu kapal musuh juga banyak digunakan terutama setelah kapal musuh hampir lumpuh. Era ini juga berlaku pertempuran-pertempuran yang masyhur seperti Pertempuran Sungai Nil, Pertempuran Cape St Vincent dan Pertempuran Trafalgar. Tentera Laut Diraja British telah mencipta pengkelasan kapal-kapal perang pada pertengahan abad ke 17 dan membahagikan kepada tujuh kategori (first rate, second rate, third rate, fourth rate, fifth rate, sixth rate, unrated)mengikut bilangan meriam yang dibawa.Jenis-jenis kapal perang yang terdapat ketika era layar adalah:-
- Ship of the line of Battle/Ship of the Line
- First rate-100 meriam atau lebih pada 3 tingkat dek
- Second rate-90 ke 98 meriam pada 3 dek
- Third rate-64 ke 80 meriam (lazimnya 74 meriam) dengan dua dek
- Fourth rate-46 ke 60 meriam dengan dua dek meriam
- Frigate
- Fifth rate-32 ke 44 meriam pada dua dek
- Sixth rate-20 ke 28 meriam, kadangkala dipanggil corvette atau frigate kecil
- Sloop
- (unrated) -sehingga 18 meriam
Era kuasa wap
Kurun ke 19 menyaksikan terciptanya enjin kuasa wap dan propulsi atau pendorongan kapal mengalami revolusi sekali lagi. Penciptaan besi keluli juga memungkinkan kapal-kapal perang dilengkapi perisai tebal. Keperluan ini timbul akibat kapal era ini memuatkan meriam yang lebih moden dan berkuasa yang menembak peluru letupan tinggi. Era ini bermula dengan pelancaran La Gloire oleh Perancis yang masih mengekalkan rekabentuk era layar tetapi dilapisi perisai waja dan mempunyai enjin kuasa wap. Secara beransur-ansur ship of the line dan frigate diganti dengan kapal tempur dan penjajap (English: cruiser) berkuasa wap. Dan, buat pertama kali meriam dimuatkan dalam turet atau perumah yang boleh berputar. Berlaku pula Pertempuran di Hampton Roads diantara tentera laut Union dan Confederate pada 1862 melibatkan kapal berperisai kedua belah pihak. Dengan penciptaan torpedo pada akhir kurun tersebut membolehkan bot-bot torpedo dihasilkan, satu konsep baru ketika itu. Bot torpedo bukan sahaja laju malahan juga murah dan menawarkan alternatif kepada pembinaan kapal tempur yang mahal.Era Dreadnought
Era ini bukan hanya kesinambungan dari era sebelumnya, tetapi mempunyai cerita tersendiri. Boleh dikatakan era ini kemuncak bagi kapal tempur sebagai kapal utama tentera-tentera laut sebelum diambil alih oleh kapal pengangkut pesawat. Ketika ini juga berlangsungnya Perang Dunia Pertama yang mengandungi Pertempuran Jutland. Bermulanya abad ke 20, Britain sebagai kuasa laut yang unggul, melancarkan kapal tempur HMS Dreadnought pada tahun 1906. Kapal ini mempunyai propulsi turbin wap membolehkannya mengatasi kelajuan kapal-kapal lain dan dilengkapi meriam dan perisai yang lebih maju. Sekaligus pelancarannya menjadikan kapal-kapal perang lain ketinggalan zaman lantas mencetuskan perlumbaan senjata di antara kuasa-kuasa besar ketika itu. Ini kerana, di zaman itu kekuatan sesebuah negara dan kebolehannya meluaskan pengaruh diukur dari bilangan kapal tempur yang dimiliki. Generasi awal Dreadnought dilengkapi sekitar meriam 12 inci, perisai sekitar 12 inci tebal yang mampu menyerap hentaman dari kapal tempur lain pada jarak 10,000 ela. Kemuncak program Dreadnought ialah dengan terhasilnya battlecruiser HMS Hood pada tahun 1918. Kapal ini dilengkapi lapan meriam 15 inci dan perisai sehingga 12 inci. Serentak dengan pembangunan Dreadnought, pembinasa bot torpedo dibina untuk melindungi kapal-kapal utama dari ancaman bot-bot torpedoEvolusi ketika Perang Dunia Kedua
Perang Dunia Kedua menyaksikan beberapa perkembangan penting iaitu keutamaan kuasa udara yang menyebabkan pembinaan kapal pengangkut pesawat dan penggunaan kapal selam secara meluas. Pertempuran laut ketika ini berlaku disetiap penjuru lautan dengan berbagai strategi dan taktik baru diperkenalkan.Pembangunan kapal selam
Kapal selam mula dibangunkan sebelum Perang Dunia Kedua lagi, bagaimanapun penggunaan yang paling berkesan disaksikan ketika itu hampir melumpuhkan ekonomi Britain dan mengakibatkan kehilangan yang teruk kepada pihak Bersekutu. Kapal selam dicipta lewat kurun ke-19, tetapi hanya menimbulkan kesan setelah digabungkan dengan senjata torpedo. Tugas kapal selam pada awalnya terhad kepada anti kapal berkembang dengan pembangunan periuk api laut, sistem sonar dan torpedo pencari. Kegerunan terhadap armada U-Boat (German: unterseeboot) memaksa pula kapal pengiring direka, antaranya pembinasa pengiring (English: destroyer escort), frigat (frigate) dan korvet (corvette). Nama-nama frigat dan korvet ini kekal digunakan sehingga hari ini.Pembangunan kapal pengangkut pesawat
Bermula dengan melancarkan kapal terbang amfibia, kapal pengangkut pesawat mencapai kematangan ketika Perang Dunia Kedua dengan keupayaan melancarkan dan mendaratkan kapal terbang konvensional menggunakan landasan. Setelah terbuktinya keupayaan ofensif kapal pengangkut pesawat dalam serangan Taranto dan Pelabuhan Pearl, ia terus menjadi kapal utama dalam armada angkatan laut. Kebolehannya melancarkan serangan pada jarak jauh di luar jangkauan penglihatan menyebabkan kapal ini mengambil peranan utama, lantas menurunkan kapal tempur kepada peranan sekunder.- Selain dari pembangunan dua jenis kapal tersebut, ketika era ini juga definisi jenis-jenis kapal perang tampak kejelasan dan mudah dikenalpasti. Jenis-jenis kapal era ini mengikut susunan menurun ialah:-
- Kapal utama (capital ship)
- Kapal pengangkut pesawat
- Kapal tempur
- Kapal kruiser tempur (battlecruiser)
- Kapal kruiser
- Kruiser berat (heavy cruiser)
- Kruiser ringan (light cruiser)
- Kapal pengiring
- Pembinasa
- Frigat
- Korvet
- Kapal selam
- Kapal-kapal lain
- Kapal penyapu ranjau
- Kapal bantuan
- Kapal pendarat
Kapal perang moden
Kapal perang moden boleh dikategorikan kepada tujuh kumpulan utama iaitu pengangkut pesawat, kruiser (penjajap), pembinasa, frigat, korvet, kapal selam dan kapal serangan amfibia. Kapal tempur pula dianggap kategori kelapan, tetapi ia tidak terdapat di dalam mana perkhidmatan aktif mana-mana tentera laut di dunia ketika ini dan hanya Amerika Syarikat yang mengekalkannya dalam simpanan (kelas Iowa). Dalam era moden definisi kapal perang utama (capital ship) telah mengalami perubahan. Kini kapal pembinasa dan ke atas dianggap kapal utama mana-mana armada dan hanya dimiliki negara-negara yang mampu dan mempunyai komitmen tinggi terhadap angkatan laut dan negara-negara yang berhasrat meluaskan pengaruh dan mengunjurkan kuasa.Masa kini, perbezaan tugas dan ciri-ciri penting antara kruiser, pembinasa, frigat dan korvet tidak lagi ketara dan kadangkala kabur. Sebuah kelas kapal mungkin dikategorikan sebagai frigat oleh satu pihak manakala satu pihak yang lain menggelarnya pembinasa. Ini disebabkan kepelbagaian fungsi dan kebolehan kapal-kapal perang moden. Pengkelasan kapal melalui sesaran juga tidak lagi berkesan kerana di zaman ini sebuah frigat mungkin mempunyai berat sehingga 5800 tan (kelas Alvaro de Bazán) (seberat sebuah kruiser Perang Dunia Kedua) dan sebuah pembinasa hanya seberat 3600 tan (kelas Audace). Tambahan pula kebanyakan negara mengambil sikap mengelakkan provokasi dengan menarafkan kapal mereka ke taraf lebih rendah, Kruiser sebagai pembinasa, kapal pembinasa mereka sebagai frigat, dan frigat sebagai korvet. Malah kadangkala korvet juga dipanggil OPV.
Walaupun tiada konsensus yang menyeluruh, secara mudah sebuah kruiser dianggap kapal yang mampu menangani ancaman ketiga-tiga dimensi peperangan maritim iaitu, peperangan permukaan, peperangan bawah air dan anti udara. Pembinasa pula dilengkapkan bagi menghadapi dua dari tiga dimensi dengan peranan sekunder untuk dimensi yang ketiga. Frigat ialah kapal yang dikhususkan untuk mengatasi hanya satu dimensi ancaman dengan peranan sekunder yang lain. Korvet pula dianggap frigat yang kecil.
Kapal-kapal perang moden bergantung kepada teknologi peluru berpandu dan radar pengesan. Pertempuran berlaku dalam jarak yang menjangkau beratus-ratus batu nautika tanpa menyaksikan armada lawan. Penggunaan peluru berpandu juga mencepatkan tempo peperangan memaksa reaksi yang cepat dari kedua-dua pihak yang berlawan. Di era moden ini juga penggunaan perisai tidak lagi praktikal untuk menahan serangan peluru berpandu menyebabkan kapal-kapal moden menggunakan pengumpan chaff dan flare.
Designasi kapal perang moden
Bagi memudahkan klasifikasi kapal-kapal perang moden NATO telah mencipta designasi sebagai rujukan. Designasi ini sebahagian dari Standard Agreement ataupun STANAG. Sistem ini diikuti banyak negara kerana didapati lebih bermaklumat. Designasi-designasi ini biasanya dapat dilihat pada awalan nombor pennant kapal.Designasi umum | NATO STANAG1 | Tentera Laut Rusia | Tentera Laut Diraja | Tentera Laut Perancis |
Kapal pengangkut pesawat | CV - Aircraft carrier, general and multi-role | TAKR - Tyazholyi Avianesushyi Kreyser | R - Aircraft carrier | R - Aircraft carrier |
Kapal pengangkut pesawat nuklear | CVN - Aircraft carrier, as CV but with nuclear propulsion | TAKR - Tyazholyi Avianesushyi Kreyser | R - Aircraft carrier | R - Aircraft carrier |
Kapal pengangkut pesawat ringan | CVS - Aircraft carrier, anti submarine warfare, ASW | PKR - Protivolodochny Kreyser | R - Aircraft carrier | R - Aircraft carrier |
Kapal pengangkut helikopter | CVH - Helicopter carrier | PKR - Protivolodochny Kreyser | R - Aircraft carrier | R - Aircraft carrier |
Kapal tempur | BB - Battleship | B - Battleship | B - Battleship | |
Kruiser | CG - Guided missle cruiser | RKR - Raketny Kreyser | C - Cruiser | C - Cruiser |
Kruiser nuklear | CGN - Guided missle cruiser with nuclear propulsion | ARKR - Atomnyi Raketny Kreyser | C - Cruiser | C - Cruiser |
Pembinasa | DD - Destroyer | EM - Eskadrenny Minonosets | D - Destroyer | D - Frégate |
Pembinasa | DDG - Guided missle destroyer | BRK/EM - Bolshoy Raketny Korabl/Eskadrenny Minonosets | D - Destroyer | D - Frégate |
Pembinasa pengiring | DDE - Destroyer escort (Canada) | D - Destroyer | D - Frégate | |
Pembinasa berhelikopter | DDH - Destroyer, helicopter carrying (Canada) | D - Destroyer | D - Frégate | |
Pembinasa | DDK - Destroyer (Japan) | D - Destroyer | D - Frégate | |
Pembinasa anti kapal selam | BPK - Bolshoy Protivolodochny Korabl | D - Destroyer | D - Frégate | |
Pembinasa anti kapal selam | BPK - Bolshoy Protivolodochny Korabl | D - Destroyer | D - Frégate | |
Frigat | FF - Frigate | SKR - Storozhevoy Korabl | F - Frigate | F - Frégate |
Frigat | FFG - Frigate, guided missle | SKR - Storozhevoy Korabl | F - Frigate | F - Frégate |
Frigat | FFH - Frigate, helicopter carrying (Autralia) | F - Frigate | F - Frégate | |
Korvet | FS - Corvette | MRK - Maly Raketny Korabl | K - Corvette | F - Aviso |
Korvet | FSG - Corvette, guided missle | MRK - Maly Raketny Korabl | K - Corvette | F - Aviso |
Korvet anti kapal selam | MPK - Maly Protivolodochny Korabl | K - Corvette | F - Aviso | |
Kapal selam | SS - Submarine | PL - Podvodnaya Lodka | S - Submarine | S - Sous-Marin |
Kapal selam penyerang | SSK - Patrol submarine, non nuclear long range | PL - Podvodnaya Lodka | S - Submarine | S - Sous-Marin |
Kapal selam penyerang nuklear | SSN - Attack submarine, nuclear powered | PLA - Atomnaya Podvodnaya Lodka | S - Submarine | S - Sous-Marin |
Kapal selam penyerang nuklear | SSGN - Attack submarine, nuclear powered | PLARK - Atomnaya Podvodnaya Lodka Raketnaya Krylataya | S - Submarine | S - Sous-Marin |
Kapal selam balistik nuklear | SSBN - Attack submarine, nuclear powered, ballistic missle | PLARK - Atomnaya Podvodnaya Lodka Raketnaya Krylataya | S - Submarine | SNLE - Sous-Marin Nucléaire Lanceur d'Engins |
Kapal pendarat | LL - Amphibious vessel, general | L - Amphibious vessel | L - Amphibious vessel | |
Kapal pendarat | LCC - Amphibious command ship | L - Amphibious vessel | L - Amphibious vessel | |
Kapal pendarat anggota | LCP - Landing craft, personnel | L - Amphibious vessel | L - Amphibious vessel | |
Kapal pendarat | LHA - Amphibious assault ship, general | L - Amphibious vessel | L - Amphibious vessel | |
Kapal pendarat | LHD - Amphibious assault ship, using helicopters, landing craft with v/stol aircraft and/or ASW helocopters | BDK - Bolshoy Desantny Korabl | L - Amphibious vessel | L - Amphibious vessel |
Kapal pendarat anggota | LPA - Amphibious transport, personnel, carries LCPs | BDK - Bolshoy Desantny Korabl | L - Amphibious vessel | L - Amphibious vessel |
Kapal pendarat | LPD - Amphibious transport, dock with helicopter operations platform | L - Amphibious vessel | L - Amphibious vessel | |
Kapal pendarat | LPH - Amphibious assault ship, helicopter carrier | L - Amphibious vessel | L - Amphibious vessel | |
Kapal pendarat | LST - Landing ship, tank | MDK - Maly Desantny Korabl | L - Amphibious vessel | L - Amphibious vessel |
Hoverkraf | LCAC - Landing craft, air cushion | MDK - Maly Desantny Korabl na Vozdushnoy Podushke | L - Amphibious vessel | L - Amphibious vessel |
Kapal penyapu ranjau | MM - Mine warfare vessel, general | |||
Kapal penyapu ranjau | MCM - Mine countermeasures vessel | TSh - Tral'shik | M - Minehunter | M - Minehunter |
Kapal penyapu ranjau | MSO - Minesweeper, ocean | MTSh - Morskoy Tral'shik | M - Minehunter | M - Minehunter |
Kapal penyapu ranjau | MSC - Minesweeper, coastal | RT - Reydovy Tral'shik | M - Minehunter | M - Minehunter |
Kapal periuk api | ML - Minelayer | ZM - Minny i Setevoy Zagraditel | ML - Minelayer | ML - Minelayer |
Kapal ronda laju | PC(F) - Patrol craft, general (fast) | Pelbagai | P - Patrol craft | P - Patrol craft |
Kapal ronda laju | PG(F)(G) - Patrol gunship, (fast) (guided missle) | Pelbagai | P - Patrol craft | P - Patrol craft |
Kapal ronda luar pantai | OPV - Offshore patrol vessel | P - Patrol craft | P - Patrol craft | |
Hidrofoil | PHM - High speed hydrofoil with SSM capability |
Komposisi armada laut moden
Kapal pengangkut pesawat
Kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier) ialah kapal perang terbesar yang berada dalam perkhidmatan di seluruh dunia. Kapal ini dibina untuk melancarkan dan mendaratkan jet-jet pejuang apabila sesebuah negara itu tidak dapat mengoperasikan sebuah pangkalan udara dalam jarak operasi.Kapal tempur
Kapal tempur (battleship) merupakan sebuah jenis kapal perang yang aktif pada era Perang Dunia Ke-2. Kini tidak lagi dioperasikan atas sebab-sebab tertentu. Kapal perang induk yang besar dan digunakan untuk mencari dan memusnahkan kapal perang lain dalam armada musuh.Kruiser
Penjajap (cruiser) merupakan sebuah kapal perang yang bersaiz lebih kecil berbanding sebuah kapal perang. Kebanyakkan kapal penjajap yang berada dalam perkhidmatan tentera laut dunia ini digunakan untuk tujuan pertahanan udara sebagaimana dalam armada Tentera Laut Amerika Syarikat dan Rusia.Kapal pembinasa
Kapal pembinasa (destroyer) ialah sebuah kapal perang yang lebih kecil saiznya berbanding sebuah Kruiser namun lebih besar berbanding sebuah frigat.Frigat
Sebuah kapal perang bersaiz kecil dan merupakan jenis kapal perang kebanyakan tentera laut serata dunia. Mampu menguruskan situasi ancaman taraf rendah dan sederhana dan masih merupakan satu platform yang mahal Kebanggaan Malaysia, KD Lekiu |
Korvet
Kapal yang lebih kecil berbanding frigat, selalunya digunakan dalam keadaan situasi ancaman tahap rendah dan sering digunakan sebagi kapal peronda. Korvet Malaysia, KD Laksamana Muhammad Amin |
Kapal selam penyerang
Pemburu atau dalam terma Tentera Laut Amerika Syarikat, Hunter-Killer merupakan sebuah platform yang dibina khusus untuk mencari dan memusnahkan kapal selam lain.Kapal selam penyerang peluru berpandu
Kapal selam yang khusus dibina untuk membawa peluru berpandu yang mampu menyerang dan membinasakan sasaran dari jauh.Kapal selam balistik
Pembawa peluru berpandu berpeledak nuklear.Kapal sokongan
Bagi membolehkan armada sesebuah tentera laut beroperasi dengan lebih efisyen dan mantap, kebanyakkan tentera laut serata dunia mempunyai pelbagai kapal sokongan dalam armadanya.Secara amnya terdapat beberapa jenis lagi kapal sokongan.
- Kapal MCMV (Mine Counter Measure Vessel) - Pemburu periuk api
- Kapal Hidrografik
- Kapal Hospital
- Kapal Amfibi Pendarat Kereta Kebal
- Kapal Platform Pendarat Helikopter
- Kapal Platform Pendarat Anggota